Wednesday, March 20, 2019

Pengalaman aku memanjat Mossy Forest (Unplanned)

Hi guys..so today Belle rasa nak throwback la masa Belle pergi short vacay masa tahun lepas. Actually 'shortvacay' ni unexpected dan unplanned. Dan tak pernah fikir pun akan pergi.

Memula tu macam ni, Belle ada kawan,  then kawan tu planning dengan kawan dia yang lain untuk pergi Hiking kat Gunung Irau. Alaa, yang lebih dikenali dengan Mossy Forest tu๐Ÿ˜†. So, Belle follow, bagi nama dan ajak kawan Belle lagi sorang a.k.a adik Belle. Terus dimasukkan dalam group whatsapp (lupa dah nama group whatsapp tu๐Ÿ˜—) Rupa-rupanya dalam group tu semua budak lelaki kelas Belle yang Belle jarang @ tak pernah tegur langsung. Awkward tapi nasib baik ada kawan Belle tu.

Tapi kan, benarlah kata-kata "Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan". Malam sebelum bertolak, kawan Belle tu tak jadi pergi๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Lagi lah nervous sebab Belle jenis introvert dengan lelaki kelas. Tapi Belle tekad untuk pergi walau hati gusar. Mujur ada adik sekali. Tak berhenti setakat tu je. Belle tarik roommate Belle untuk pergi sekali๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜†. Roommate Belle terpinga-pinga dan dia pun setuju tapi dalam masa yang sama dia macam dah tersalah buat keputusan. Tapi disebabkan Belle happy, dia terpaksa ikut. Belle cakap la yang tempat tu best apa semua tu. Actually kawan Belle pun awkward. Kami semua awkward. Tapi kami bertiga teruskan. Beli barang macam baju hujan, glove, kasut apa semua untuk dibawa hiking. Belle, kawan Belle dan adik masing-masing ketawa tak percaya yang kami ni nak pergi dengan budak lelaki kelas kami dan senior. Mujur ada kakak-kakak dan other girls yang follow.

Kami bertolak malam. Suasana hening je dalam kereta. Lucky us sebab tak perlu naik kereta dengan budak lelaki kelas kami.๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ Lega amat! Sepanjang perjalanan sunyi. Disebabkan kami bertolak malam, kami bertiga tidur. Kami  sedar bila berhenti di R&R Tapah. Masa berhenti tu kami bertiga tak ikut pun diorang makan. Kam duduk di gazebo dan tidur sambil berfikir yang kami sepatutnya patah balik. Order grab dan balik!. Namun itu semua hanya apa yang kami fikir.

Lebih kurang dalam pukul 5 lebih kami sampai di surau (lupa namanya). Sejuk! Memang tak tahan. Yelah kan, kami berada di kaki gunung. Sejuk yang amat! Selesai solat, kami bergerak ke tempat hiking. Untuk naik ke tempat hiking tu, kami menaiki hilux kerana tempat bermulanya hiking tu setengah daripada kaki gunung. Masa pergi kami bertiga duduk dalam kereta dengan beberapa orang kakak. Trip hiking ni bukan sahaja untuk student tapi campur dengan yang dah bekerja. Kami bertiga cakap je dengan yang perempuan. Lelaki je kurang.


Nampak muka happy kan? Of course happy! Live in the moment gitu!.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚Kami bertiga ni mana pernah hiking. Belle pernah lah dulu masa form 3 mendaki Gunung Ledang tapi tu dah lama. Masa nak hking tu, ramai lah juga yang risau sebab kami bertiga ni. Takut kami tertinggal. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Lawak la juga masa tu. But guess what?? Kami accomplished tau. Kami antara yang terawal sampai atas tu. Nak naik tak penat sangat mungkin sebab kami terlebih excited. Biasalah, newbie! Tapi bila nak turun tu yang rasa penat. Rasa longgar skru lutut. Kami bertiga yang paling awal sampai. Alhamdulillah, semua turun dalam keadaan yang selamat. Kami have fun along the way up and down. All the boys were helpful terutama bab ambilkan gambar kami bertiga. Hehehehehe.๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’๐Ÿ’ƒ 


Ni masa nak naik. Asal nampak tempat lapang sikit, terus ambil gambar. Asal nampak tempat berlumut sikit, terus ambil gambar. Itu kewajipan.๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†




Tempat ni macam ala-ala movie kan? Hobbit kot tajuk cerita tu. Hmm, sejuk tau semasa mendaki. Walaupun matahari terik, tapi still rasa sejuk. Belle pun pakai 3 lapis. 

                                                   

Mana tak sejuknya, dah lah setinggi 2000 meter! Sejuk. Bila dah turun, kita masih lagi di atas tau. Tu yang akan nampak kabus. Ala-ala kabus di pergunungan gitu. Ramai juga hikers yang datang. 





Hati-hati ketika mendaki dan ambil gambar. Kawasan ada yang licin sebab berlumut. Semasa nak mendaki tu, capai atau berpaut pada dahan atau kayu yang kuat tau. Dikhuatiri terjatuh sebab mostly kawasan yang kami lalu tu, tepi-tepinya adalah jurang. Pastikan juga korang jalan dalam group. Sebab laluan nya ada yang clear dan ada yang tak clear. Silap laluan boleh sesat! Nauzubillah, minta dijauhkan...Mulut pun kena jaga. ๐Ÿ˜ถ๐Ÿ˜ถ๐Ÿ˜ถ





Kalau nak hiking ni lagi syok, datang awal pagi. After subuh boleh terus daki. Bawa bekalan makanan segera banyak-banyak dan bila tiba kat atas, masak,makan ramai-ramai. Baru syok!

Antara keperluan atau alatan yang korang kena ada sebelum hiking ni adalah windbreaker. Bila pakai windbreaker ni, korang akan rasa ringan. Senang nak bergerak. Selain tu, bagi yang rajin, pakailah glove untuk memudahkan berpaut pada kayu, nak memanjat ke. Senang. Jangan lupa bawa baju hujan tau! Just in case kalau hujan. Air mineral wajib bawak. Gula-gula atau coklat untuk alas perut semasa hiking pun patut wajib ada. Yang lain tu tak penting kot. Tak perlu memberatkan beban sebab nak mendaki. 



Kami dan yang lain ambil gambar group๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡. 



 Bila dah turun tu, kami bertiga tersandar tau. Rasa kepenatan sengat. Hehehehe..Kami berehat di pondok kecil sambil tunggu yang lain sampai. Lagi sekali, sambil menunggu yang lain, kami menghabiskan masa dengan klik,klik!Ambil gambar!...






 Kami balik dengan perasaan lega. Tapi kami tak balik terus ke rumah. Kami semua pergi sewa chalet @ rumah tumpang, gitu lah. Kami berjalan-jalan di Cameron Highland. Nanti next entry Belle cerita pasal jalan-jalan kat Cameron okay๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰. Memang unexpected langsung hiking ni akan jadi satu kenangan yang indah. Ada suka. Ada rasa nervous. Ada rasa berbolak-balik hati ni nak pergi atau tak. Sampai satu tahap, rasa nak larikan diri.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Tapi in the end, ianya dah pun jadi good memories to keep and to treasure. Belle nak ingatkan, bagi siapa-siapa yang tak tahan sejuk, pakai baju tebal tau. Sejuk cuaca kat sini.















Wednesday, March 13, 2019

Intern dalam bidang environment! Pengalaman berhargaku


Hai!๐Ÿ˜Š Harini Belle nak kongsi pengalaman Belle ketika intern. Nak mula intern dulu, memang nerveous sangat2 sampai overthinking๐Ÿ˜‚Tapi korang tak perlu overthinking tau. Jangan jadi macam Belle, karang fikiran korang serabut. Hehehehe

Belle belajar dalam bidang Environmental Health. Course ni sebenarnya bukan course yang Belle nak seumur hidup Belle dan Belle tak tahu pun yang course ni teramatlah penting dan teramatlah demanding dalam industri kita ni (sigh! ada tanda lega di situ)๐Ÿ˜† Alhamdulillah, Belle selesa ambil course ni dan dapat intern di sebuah syarikat besar yang handle projek MRT๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ต. 

Masa first day Belle intern, biasa2 je tak ada apa2 yang teruja atau memalukan. Cumanya, masa first day ingatkan lapor diri kat HQ, one whole day akan stay HQ tapi rupa-rupanya terus ke site after a short briefing (very short ye dalam setengah jam gitu). Nasib baik masa tu Belle ada kenderaan sendiri. Alhamdulillah๐Ÿ™ˆSo masa dah sampai site tu, Belle lapor diri pada staff dan diperkenalkan pada semua staf (staf ofis, staf site nanti kenal kat site๐Ÿ˜‚) sbb site offis bukan dalam site construction. Yang bestnya, masa first day Belle da dapat kawan dan rata2 department Belle (lelaki terutamanya) akan tanya Belle reti bawa manual tak? Belle onz je manual๐Ÿ˜„..hehehehe Dan Belle diberi basic PPE attire (safety shoes, safety helmet) vest belum sampai tu yang tak dapat lagi. So sekarang Belle pinjam vest staf lain. Beruntung tau Belle sbb ada certain company, dia suruh kite beli sendiri safety shoes!

So, tugas Belle sebagai budak intern! Hehehe, part ni, mula2 Belle follow Environmental Officer(EO) ke site setiap pagi. Belle nampak peranan EO kat site macam mana. EO ni akan jaga 5 perkara kat site (air, tanah, bunyi, sampah, udara) 5 perkara ni kena jaga dan kena perhati setiap hari sebab akan ada orang atasan yang akan pantau dan akan dikenakan NCR kalau tak follow. Macam mana nak jaga 5 perkara ni?Meh Belle share kat bawah๐Ÿ‘‡


1) AIR
  • Kena pastikan air pelepasan ke sungai atau longkang awam air yang bersih.
  • Kalau kotor air, pastikan air kotor tiada yang terus masuk ke sungai atau longkang awam. Pastikan kita buat kolam sementara (dalam site) dan pastikan air tu jernih dulu baru lepaskan ke sungai atau longkang awam.
  • Silt fence dipasang di tepi kolam yang dibuat. 
Silt fence yang putih tepi2 tu


2) TANAH (Banyak kerja sikit terutama masa permulaan proses(excavation, etc.))
  • Pastikan tanah yang tertimbun ditutup dengan kain geotex(geotextile namanya). Kena tutup supaya bila hujan, tanah tu tak hilang.(bahasa mudah)๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ macam kat bawah ni ha
Stockpile covered

3) BUNYI
  • Part bunyi ni, kena pastikan tiada pencemaran bunyi yang berlaku sepanjang kerja-kerja binaan dilakukan. Untuk mengelakkan penduduk awam terganggu dengan kerja-kerja binaan, EO kena pasang noise barrier atau noise barricade. Benda ni boleh mengurangkan bunyi bising.
4) SAMPAH
  • Nama pun environment kan? Mesti tak terlepas dari sampah๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚. Untuk sampah pula, ada beberapa jenis sampah terutama di tempat kerja bina

    • Sampah berjadual
      • Contoh : tanah yang bercampur minyak, kain bercampur minyak, minyak terpakai, bekas minyak terpakai, kain tercemar, tanah tercemar
      • Jenis sampah yang macam ni perlu di simpan di tempat simpanan sampah khas disediakan di setiap site. 
      • Setiap sampah tu ada jenis kod tersendiri tau (ni google sendiri)๐Ÿ™Š dan sampah berjadual ni senang nak uruskan sebab nak buang tu 6 bulan sekali & if tong sampah belum penuh, boleh mohon pada DOE untuk lanjutkan tempoh penyimpanan.

Kawasan penyimpanan sampah berjadual

Label mesti ada!

    • Sampah domestik
      • Contoh : sampah makanan, bekas makanan minuman, plastik sampah (sampah kegunaan harian)
      • RORO Bin perlu disediakan dan perlu dibersihkan seminggu sekali atau seminggu dua kali (bila sampah penuh)

RORO Bin

    • Sampah kerja-kerja pembinaan
      • Contoh : kayu, besi rebar, batu dan segala lebihan yang tak digunakan lagi untuk kerja-kerja pembinaan.
      • Sampah ni diuruskan macam sampah domestik. Bila penuh, call driver lori yang akan angkut sampah bila sampah dah penuh.
5) UDARA
  • Pastikan udara tidak berdebu! Ni penting tau, sebab udara cepat tersebar, parah bila orang awam komplen.
  • Pastikan jalan laluan keluar masuk ke site dibasahkan supaya tidak berdebu.
  • Pastikan tayar lori/kereta dibasuh sebelum keluar daripada site.
  • Tempat basuh tayar tu dipanggil wash trough tau!

Bukan setakat ni je tau kerja EO, dokumen-dokumen pun perlu diuruskan. Tapi kalau nak cerita bab dokumen, panjang pula๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Belle share setakat sini je ye. Part dokumen tu penting untuk audit performance. Ini Belle kongsi apa yang Belle dapat belajar sepanjang intern di site. Hopefully apa yang Belle share ni memmbantu untuk korang yang nak intern kat site nanti๐Ÿ’“








Pengalaman aku memanjat Mossy Forest (Unplanned)

Hi guys..so today Belle rasa nak throwback la masa Belle pergi short vacay masa tahun lepas. Actually 'shortvacay' ni unexpected da...