Wednesday, March 20, 2019

Pengalaman aku memanjat Mossy Forest (Unplanned)

Hi guys..so today Belle rasa nak throwback la masa Belle pergi short vacay masa tahun lepas. Actually 'shortvacay' ni unexpected dan unplanned. Dan tak pernah fikir pun akan pergi.

Memula tu macam ni, Belle ada kawan,  then kawan tu planning dengan kawan dia yang lain untuk pergi Hiking kat Gunung Irau. Alaa, yang lebih dikenali dengan Mossy Forest tuπŸ˜†. So, Belle follow, bagi nama dan ajak kawan Belle lagi sorang a.k.a adik Belle. Terus dimasukkan dalam group whatsapp (lupa dah nama group whatsapp tuπŸ˜—) Rupa-rupanya dalam group tu semua budak lelaki kelas Belle yang Belle jarang @ tak pernah tegur langsung. Awkward tapi nasib baik ada kawan Belle tu.

Tapi kan, benarlah kata-kata "Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan". Malam sebelum bertolak, kawan Belle tu tak jadi pergi😭😭 Lagi lah nervous sebab Belle jenis introvert dengan lelaki kelas. Tapi Belle tekad untuk pergi walau hati gusar. Mujur ada adik sekali. Tak berhenti setakat tu je. Belle tarik roommate Belle untuk pergi sekaliπŸ˜ŠπŸ˜†. Roommate Belle terpinga-pinga dan dia pun setuju tapi dalam masa yang sama dia macam dah tersalah buat keputusan. Tapi disebabkan Belle happy, dia terpaksa ikut. Belle cakap la yang tempat tu best apa semua tu. Actually kawan Belle pun awkward. Kami semua awkward. Tapi kami bertiga teruskan. Beli barang macam baju hujan, glove, kasut apa semua untuk dibawa hiking. Belle, kawan Belle dan adik masing-masing ketawa tak percaya yang kami ni nak pergi dengan budak lelaki kelas kami dan senior. Mujur ada kakak-kakak dan other girls yang follow.

Kami bertolak malam. Suasana hening je dalam kereta. Lucky us sebab tak perlu naik kereta dengan budak lelaki kelas kami.😩😩 Lega amat! Sepanjang perjalanan sunyi. Disebabkan kami bertolak malam, kami bertiga tidur. Kami  sedar bila berhenti di R&R Tapah. Masa berhenti tu kami bertiga tak ikut pun diorang makan. Kam duduk di gazebo dan tidur sambil berfikir yang kami sepatutnya patah balik. Order grab dan balik!. Namun itu semua hanya apa yang kami fikir.

Lebih kurang dalam pukul 5 lebih kami sampai di surau (lupa namanya). Sejuk! Memang tak tahan. Yelah kan, kami berada di kaki gunung. Sejuk yang amat! Selesai solat, kami bergerak ke tempat hiking. Untuk naik ke tempat hiking tu, kami menaiki hilux kerana tempat bermulanya hiking tu setengah daripada kaki gunung. Masa pergi kami bertiga duduk dalam kereta dengan beberapa orang kakak. Trip hiking ni bukan sahaja untuk student tapi campur dengan yang dah bekerja. Kami bertiga cakap je dengan yang perempuan. Lelaki je kurang.


Nampak muka happy kan? Of course happy! Live in the moment gitu!.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Kami bertiga ni mana pernah hiking. Belle pernah lah dulu masa form 3 mendaki Gunung Ledang tapi tu dah lama. Masa nak hking tu, ramai lah juga yang risau sebab kami bertiga ni. Takut kami tertinggal. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Lawak la juga masa tu. But guess what?? Kami accomplished tau. Kami antara yang terawal sampai atas tu. Nak naik tak penat sangat mungkin sebab kami terlebih excited. Biasalah, newbie! Tapi bila nak turun tu yang rasa penat. Rasa longgar skru lutut. Kami bertiga yang paling awal sampai. Alhamdulillah, semua turun dalam keadaan yang selamat. Kami have fun along the way up and down. All the boys were helpful terutama bab ambilkan gambar kami bertiga. Hehehehehe.πŸ’ƒπŸ’πŸ’ƒ 


Ni masa nak naik. Asal nampak tempat lapang sikit, terus ambil gambar. Asal nampak tempat berlumut sikit, terus ambil gambar. Itu kewajipan.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†




Tempat ni macam ala-ala movie kan? Hobbit kot tajuk cerita tu. Hmm, sejuk tau semasa mendaki. Walaupun matahari terik, tapi still rasa sejuk. Belle pun pakai 3 lapis. 

                                                   

Mana tak sejuknya, dah lah setinggi 2000 meter! Sejuk. Bila dah turun, kita masih lagi di atas tau. Tu yang akan nampak kabus. Ala-ala kabus di pergunungan gitu. Ramai juga hikers yang datang. 





Hati-hati ketika mendaki dan ambil gambar. Kawasan ada yang licin sebab berlumut. Semasa nak mendaki tu, capai atau berpaut pada dahan atau kayu yang kuat tau. Dikhuatiri terjatuh sebab mostly kawasan yang kami lalu tu, tepi-tepinya adalah jurang. Pastikan juga korang jalan dalam group. Sebab laluan nya ada yang clear dan ada yang tak clear. Silap laluan boleh sesat! Nauzubillah, minta dijauhkan...Mulut pun kena jaga. 😢😢😢





Kalau nak hiking ni lagi syok, datang awal pagi. After subuh boleh terus daki. Bawa bekalan makanan segera banyak-banyak dan bila tiba kat atas, masak,makan ramai-ramai. Baru syok!

Antara keperluan atau alatan yang korang kena ada sebelum hiking ni adalah windbreaker. Bila pakai windbreaker ni, korang akan rasa ringan. Senang nak bergerak. Selain tu, bagi yang rajin, pakailah glove untuk memudahkan berpaut pada kayu, nak memanjat ke. Senang. Jangan lupa bawa baju hujan tau! Just in case kalau hujan. Air mineral wajib bawak. Gula-gula atau coklat untuk alas perut semasa hiking pun patut wajib ada. Yang lain tu tak penting kot. Tak perlu memberatkan beban sebab nak mendaki. 



Kami dan yang lain ambil gambar groupπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡. 



 Bila dah turun tu, kami bertiga tersandar tau. Rasa kepenatan sengat. Hehehehe..Kami berehat di pondok kecil sambil tunggu yang lain sampai. Lagi sekali, sambil menunggu yang lain, kami menghabiskan masa dengan klik,klik!Ambil gambar!...






 Kami balik dengan perasaan lega. Tapi kami tak balik terus ke rumah. Kami semua pergi sewa chalet @ rumah tumpang, gitu lah. Kami berjalan-jalan di Cameron Highland. Nanti next entry Belle cerita pasal jalan-jalan kat Cameron okayπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰. Memang unexpected langsung hiking ni akan jadi satu kenangan yang indah. Ada suka. Ada rasa nervous. Ada rasa berbolak-balik hati ni nak pergi atau tak. Sampai satu tahap, rasa nak larikan diri.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi in the end, ianya dah pun jadi good memories to keep and to treasure. Belle nak ingatkan, bagi siapa-siapa yang tak tahan sejuk, pakai baju tebal tau. Sejuk cuaca kat sini.















No comments:

Post a Comment

Pengalaman aku memanjat Mossy Forest (Unplanned)

Hi guys..so today Belle rasa nak throwback la masa Belle pergi short vacay masa tahun lepas. Actually 'shortvacay' ni unexpected da...