Wednesday, March 13, 2019

Intern dalam bidang environment! Pengalaman berhargaku


Hai!😊 Harini Belle nak kongsi pengalaman Belle ketika intern. Nak mula intern dulu, memang nerveous sangat2 sampai overthinking😂Tapi korang tak perlu overthinking tau. Jangan jadi macam Belle, karang fikiran korang serabut. Hehehehe

Belle belajar dalam bidang Environmental Health. Course ni sebenarnya bukan course yang Belle nak seumur hidup Belle dan Belle tak tahu pun yang course ni teramatlah penting dan teramatlah demanding dalam industri kita ni (sigh! ada tanda lega di situ)😆 Alhamdulillah, Belle selesa ambil course ni dan dapat intern di sebuah syarikat besar yang handle projek MRT😱😵. 

Masa first day Belle intern, biasa2 je tak ada apa2 yang teruja atau memalukan. Cumanya, masa first day ingatkan lapor diri kat HQ, one whole day akan stay HQ tapi rupa-rupanya terus ke site after a short briefing (very short ye dalam setengah jam gitu). Nasib baik masa tu Belle ada kenderaan sendiri. Alhamdulillah🙈So masa dah sampai site tu, Belle lapor diri pada staff dan diperkenalkan pada semua staf (staf ofis, staf site nanti kenal kat site😂) sbb site offis bukan dalam site construction. Yang bestnya, masa first day Belle da dapat kawan dan rata2 department Belle (lelaki terutamanya) akan tanya Belle reti bawa manual tak? Belle onz je manual😄..hehehehe Dan Belle diberi basic PPE attire (safety shoes, safety helmet) vest belum sampai tu yang tak dapat lagi. So sekarang Belle pinjam vest staf lain. Beruntung tau Belle sbb ada certain company, dia suruh kite beli sendiri safety shoes!

So, tugas Belle sebagai budak intern! Hehehe, part ni, mula2 Belle follow Environmental Officer(EO) ke site setiap pagi. Belle nampak peranan EO kat site macam mana. EO ni akan jaga 5 perkara kat site (air, tanah, bunyi, sampah, udara) 5 perkara ni kena jaga dan kena perhati setiap hari sebab akan ada orang atasan yang akan pantau dan akan dikenakan NCR kalau tak follow. Macam mana nak jaga 5 perkara ni?Meh Belle share kat bawah👇


1) AIR
  • Kena pastikan air pelepasan ke sungai atau longkang awam air yang bersih.
  • Kalau kotor air, pastikan air kotor tiada yang terus masuk ke sungai atau longkang awam. Pastikan kita buat kolam sementara (dalam site) dan pastikan air tu jernih dulu baru lepaskan ke sungai atau longkang awam.
  • Silt fence dipasang di tepi kolam yang dibuat. 
Silt fence yang putih tepi2 tu


2) TANAH (Banyak kerja sikit terutama masa permulaan proses(excavation, etc.))
  • Pastikan tanah yang tertimbun ditutup dengan kain geotex(geotextile namanya). Kena tutup supaya bila hujan, tanah tu tak hilang.(bahasa mudah)😂😂😂 macam kat bawah ni ha
Stockpile covered

3) BUNYI
  • Part bunyi ni, kena pastikan tiada pencemaran bunyi yang berlaku sepanjang kerja-kerja binaan dilakukan. Untuk mengelakkan penduduk awam terganggu dengan kerja-kerja binaan, EO kena pasang noise barrier atau noise barricade. Benda ni boleh mengurangkan bunyi bising.
4) SAMPAH
  • Nama pun environment kan? Mesti tak terlepas dari sampah😇😆😂. Untuk sampah pula, ada beberapa jenis sampah terutama di tempat kerja bina

    • Sampah berjadual
      • Contoh : tanah yang bercampur minyak, kain bercampur minyak, minyak terpakai, bekas minyak terpakai, kain tercemar, tanah tercemar
      • Jenis sampah yang macam ni perlu di simpan di tempat simpanan sampah khas disediakan di setiap site. 
      • Setiap sampah tu ada jenis kod tersendiri tau (ni google sendiri)🙊 dan sampah berjadual ni senang nak uruskan sebab nak buang tu 6 bulan sekali & if tong sampah belum penuh, boleh mohon pada DOE untuk lanjutkan tempoh penyimpanan.

Kawasan penyimpanan sampah berjadual

Label mesti ada!

    • Sampah domestik
      • Contoh : sampah makanan, bekas makanan minuman, plastik sampah (sampah kegunaan harian)
      • RORO Bin perlu disediakan dan perlu dibersihkan seminggu sekali atau seminggu dua kali (bila sampah penuh)

RORO Bin

    • Sampah kerja-kerja pembinaan
      • Contoh : kayu, besi rebar, batu dan segala lebihan yang tak digunakan lagi untuk kerja-kerja pembinaan.
      • Sampah ni diuruskan macam sampah domestik. Bila penuh, call driver lori yang akan angkut sampah bila sampah dah penuh.
5) UDARA
  • Pastikan udara tidak berdebu! Ni penting tau, sebab udara cepat tersebar, parah bila orang awam komplen.
  • Pastikan jalan laluan keluar masuk ke site dibasahkan supaya tidak berdebu.
  • Pastikan tayar lori/kereta dibasuh sebelum keluar daripada site.
  • Tempat basuh tayar tu dipanggil wash trough tau!

Bukan setakat ni je tau kerja EO, dokumen-dokumen pun perlu diuruskan. Tapi kalau nak cerita bab dokumen, panjang pula😂😄😄. Belle share setakat sini je ye. Part dokumen tu penting untuk audit performance. Ini Belle kongsi apa yang Belle dapat belajar sepanjang intern di site. Hopefully apa yang Belle share ni memmbantu untuk korang yang nak intern kat site nanti💓








1 comment:

  1. why Bella, tq share. btw boleh saya nak tahu. mcm mana penetapan jumlah EO di setiap projet ye?

    ReplyDelete

Pengalaman aku memanjat Mossy Forest (Unplanned)

Hi guys..so today Belle rasa nak throwback la masa Belle pergi short vacay masa tahun lepas. Actually 'shortvacay' ni unexpected da...